Feb 06, 2025 5PM
Emart24 komited lengkapkan semua cawangan sijil Halal Jakim
Rangkaian kedai serbaneka popular Korea, emart24 komited untuk melengkapkan semua cawangannya dengan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelang awal tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), emart24 Holdings Sdn Bhd, Vuitton Pang berkata, langkah itu dimulai dengan permohonan sijil halal bagi setiap lima cawangan syarikat itu setiap bulan tahun ini.
“Memenuhi keperluan pelanggan kami sentiasa menjadi keutamaan dalam apa yang dilakukan.
“Mendapatkan sijil halal adalah langkah penting dalam komitmen kami untuk menawarkan makanan jalanan Korea yang berkualiti tinggi dan mesra Muslim.
“Dengan proses dalaman dan prosedur operasi standard kami yang telah diperhalusi, kami bersedia untuk mendapatkan sijil halal bagi lima cawangan setiap bulan,” katanya.
Langkah pensijilan halal langkah penting dalam komitmen emart24 untuk menawarkan makanan jalanan Korea yang berkualiti tinggi dan mesra Muslim - kredit foto Instagram emart24
Pengumuman itu dibuat Pang susulan e-kafe milik syarikat berkenaan iaitu di Southville, Bangi memperolehi sijil halal semalam.
Majlis penyerahan sijil halal itu disempurnakan oleh Pengerusi Akademi Halal Antarabangsa Malaysia (MIHA) Mohd Rizal Ismail Mohd Rizal Ismail yang juga bertindak selaku wakil Jakim.
Menurut Pang, selain di Bangi, satu lagi rangkaian e-kafe Holdings Sdn Bhd iaitu di Vista Alam, Shah Alam juga diiktiraf halal oleh Jakim.
Turut hadir, Tokoh Maal Hijrah dan penceramah bebas, Datuk Dr Zahazan Mohamed. Beliau memuji komitmen teguh emart24 yang tidak berbelah bahagi dalam usaha berterusan memenuhi keperluan masyarakat Islam.
“Pensijilan halal emart24 ini mencerminkan dedikasi tulen mereka untuk memenuhi piawaian kualiti dan kebersihan tertinggi di samping menghormati kehendak pengguna Muslim.
Inisiatif halal itu semakin mengukuhkan kedudukan emart24 di pasaran dalam usaha menarik pangkalan pelanggan lebih besar
“Saya pasti ini akan menguatkan kepercayaan dan ikatan yang emart24 bina terhadap pelanggan Muslim,” katanya seperti dipetik The Halal Times.
Dengan lebih 80 cawangan di seluruh negara dan lebih 800,000 transaksi setiap bulan, emart24 semakin mendapat sambutan dengan pelbagai makanan ringan, minuman, dan hidangan sedia makan (ready-to-eat) Korea.
Inisiatif halal itu semakin mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran sekali gus menarik pangkalan pelanggan yang lebih besar dengan pematuhan terhadap garis panduan dan piawaian pematuhan halal yang tinggi.
Untuk memenuhi piawaian pensijilan halal yang ketat, emart24 telah melaksanakan proses tapisan pembekal yang ketat, protokol kebersihan menyeluruh dan kawalan kualiti yang ketat.
Pembekal dikehendaki mengemukakan dokumen yang disemak oleh pegawai halal, dengan butiran dimuat naik ke portal rasmi JAKIM.
Dimiliki oleh Shinsegae Group, peruncit terbesar di Korea Selatan, emart24 ialah jenama kedai serbaneka paling pesat berkembang di Korea Selatan, dengan lebih daripada 7,000 cawangan dalam pelbagai format dan saiz kedai. Malaysia menjadi pasaran luar negara pertama syarikat itu pada 2021.
Waktu Solat
![mosque](/_ipx/w_1708&f_webp/img/home/waktu-solat/mosque.png)
![mosque](/_ipx/_/img/home/waktu-solat/lantern-1.png)
07 Feb 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
06:09 (08 Feb 2025)
![mosque](/_ipx/_/img/home/waktu-solat/lantern-2.png)
![mosque](/_ipx/_/img/home/waktu-solat/quran.png)